Tuesday, October 23, 2012

Meatball Ikea jom!

Cerita sabtu lepas..Saya teringin sangat nak makan salmon n meatball ikea..mengidam dari masa pantang lagi..kebetulan sabtu en suami cuti..jadi ajakla dia pergi..dia OK je..Tapi tak bawa Aisy..sebab dia kecik lagi..kesian dia duduk lama-lama dalam baby carrier..stroller tak beli lagi daaaa...sian anak mama kena tinggal kat nursery..

Sampai ikea pukul 11 pagi..45 minit ja dari rumah..Pusing kat tingkat atas sambil beli beberapa barang yang tak dirancang pun..biasala bila dah sampai ikea..harus beli gak apa-apa...hehe..Mula-mula nak pusing bawah dulu tapi memandangkan dah nak dekat waktu lunch takut ramai org pulak kat food court..so kami decide makan dulu..tu pun kena beratur sampai ke hujung nun..


Makan sampai muntah..hahaha...Menu wajib yang akan order setiap kali datang ikea..tapi kek daim dah non ada kat sana..

Pukul 1 keluar dari Ikea.terus pergi ambil Aisy kat nursery..*Rindu oh* ..Kesian sangat Aisy kena tinggal ..bawa Aisy jalan-jalan kejab beli pampers dia kat MANJAKU, Bangi...Mama belikan Aisy mainan jugak...
Anak mama posing ke tu??

Thursday, October 11, 2012

Sebelum dan Selepas BerAnak..

Isnin lepas dah mula bekerja semula..Masuk-masuk kerja biasala ..bz settle kan kerja yang ada..maklumlah 2 bulan bercuti..*Syurga~

Sebelum berAnak.. lepas subuh kadang-kadang sempat tidur balik dan bermalas-malasan sorang-sorang..sekarang pukul 530 pagi wajib bangun..Rutin harian : Wajib pump susu lepas bangun...Solat...Basuh n Stir semua botol-botol...Pack kan susu Aisy untuk dibawa ke nursery..Selalunya baju Aisy dah siap packing malam sebelum tu..Lepas dah siap semua..Baru la saya dapat mandi..masa ni selalunya Aisy akan tidur lagi..kalau terjaga pun mama sumbat susu terus sambung tidur balik..lepas saya dah siap baru tukarkan pampers Aisy..Nak mandikan memang tak sempat dah..So Aisy mandi kat nursery sajork..*Sian anak mama..

Sebelum BerAnak.. saya cuma lengang kangkung bawa handbag dengan pelas air ja..Sekarang NO handbag anymore..pelas air tinggal kat office terus....Bawa purse sumbat dalam beg pump sajork..Selain tu, cooler bag.dan beg baju Aisy..Kira hari-hari saya akan bersenam angkat berat la..eh lagi satu kendong aisy..Credit to: Baby Carrier Boba 3g.hehe..*Nanti saya review kalau ada kesempatan* kalau tak da baby carrier memang tak dapat nak handle semua beg2 yang ada..tapi kalau en.suami kerja shif petang atau cuti..dia akan hantarkan saya dan anak..atau angkatkan beg masuk dalam kereta siap-siap..Saya cuma kendong anak ja...hehe..

Sebelum berAnak. pukul 815 pagi baru keluar dari rumah untuk ke office..Sekarang pukul 730 pagi dah kena keluar dah..Sebab nak hantar anak ke nursery..Syukur sgt dapat nursery sebelah office ja..selalunya, on the way ke office tu saya drive tru nasi lemak je..lepas tu kalau sampai office awal..lepak dalam kereta dulu main-main dengan Aisy..Nak dekat 830 baru hantar Aisy ke nursery..senang sebab office sebelah je..

Sebelum BerAnak..lepas balik kerja tapau makanan siap-siap dan balik lepak tengok tv je..Sekarang balik rumah terus basuh peralatan nak pump dan botol-botol anak masa kat nursery dan stir..lepas tu layan Aisy dan bagi Aisy minum susu..Bila Aisy dah leka main atau mood tengah baik..saya akan pump susu...kalau tak layan ja Aisy ..sebab waktu ni Aisy aktif sangat nak borak-borak dengan mama dia..lepas magrib Aisy akan ngantuk so, kena tidurkan dia..Waktu ni mencabar sikit sebab on the way nak tidur tu Aisy akan merengek-rengek sikit..once dia dah rasa selesa baru Aisy akan betul-betul tidur..Selalunya pukul 8- 830 malam memang Aisy dah tidur.. Masa ni saya akan mandi dan  basuh baju Aisy dan prepare baju Aisy untuk esok..Waktu ni baru boleh dinner...dan rest kejab..kalau letih sangat terus tertidur..

Sebelum BerAnak..waktu malam akan lepak-lepak tengok tv atau online dan tidur awal..sekarang memang akan tertidur awal kalau letih..TAPI pukul 1130malam dah bangun untuk bangun pump susu..Dan setiap 2 jam akan bangun untuk susukan Aisy..tapi selalunya en.suami akan ambil tugas ni..kadang-kadang kami gilir-gilir bangun..

Sebelum berAnak, hanya fikir pasal suami ja..dapat pulak suami yang tak banyak kerenah..syuga..hehe..Sekarang setiap masa mesti teringat anak..ok ke dia?? rindu dia..Nak berbelanja  untuk diri sendiri fikir 80 kali..tapi kalau untuk anak ..tak kisah pun nak berbelanjaa..

Itulah serba sedikit perbezaan antara sebelum dan selepas..Walaupun banyak perubahan yang ketara dari segi masa dan kewangan..tapi semua tu macam bukan apa-apa sebab perasaan seorang ibu dan keikhlasan yang terbit di hati sanubari membuatkan saya enjoy buat semua tu..9 bulan 10 hari menanti cahaya mata dengan penuh kesabaran dan penantian..akhirnya bila dah ada depan mata .sejuk sangat hati dan rasa bahagia tak terkata..

Friday, October 5, 2012

Carseat pilihan untuk Anak

Carseat ni kami beli 3 hari sebelum saya bersalin..Nasib baik sempat..Carseat pilihan kami adalah
 Sweet Cherry -Eternal Carseat (Red)..
Masa beli ni dapat diskaun 20% kat Manjaku Bangi..

Mula pakai carseat ni masa Aisy 50 hari...kira newborn la kan?? salah satu sebab beli SC ni sebab boleh pakai mula dari newborn..Ye la bila dah mula kerja haruslah kena ada benda alah ni..hehe..Satu lagi sebab mama nak bawa Aisy jalan-jalan..keke..Selain tu harga berpatutan dan mampu milik..keke..material selesa untuk baby..

So far, Aisy behave sangat kat dalam tu..siap tidur lagi..Lega mama..Lepas ni ajak papa pi jalan-jalan k..

 


Net weight : 6.4kg

Features:
Combination seats which suitable for newborn to 4 years old
Rear facing position only for newborn to 13kg (approx. up to 12 months). (Please refers to product manual for safety alert and installation).
Forward facing for child whose weight from 13kg to 18kg (approx. 1 to 4 years).
3-height reclining backrest.
Extra infant head support is provided.

Testing ..testing..

Tuesday, October 2, 2012

My New Handbag

Cuti 2 bulan ni tak sah kalau tak online shopping..gatal ja tangan ni nak klik-klik kan..ada ja yang menarikdi hati ni..memang bercadang nak beli handbag besar sikit..senang nak sumbat barang-barang anak..hehe..kalau husband dengar ni mesti dia cakap "yeke untuk anak...ke mama yang nak?" hehehe..kira dua-dua la en suami ..heheh..

Order jumaat lepas..Hari ni sampai..

Apa ada kat dalam??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..


Tiba-tiba sekarang macam minat warna kuning..huhu..Sesiapa berminat boleh order kat sini..>>http://blackribboncloset.blogspot.com/

Muhammad Aisy Iskandar di Nursery

Hari ni hari ke-2 Aisy ke nursery..Semalam 1st day Aisy..Mama yang nervous lebih..Masa nak hantar Aisy tidur lagi..Masa masuk dalam baby carrier dan carseat sedap je dia tidur sampai la tiba di nursery..*lega..Mungkin sebab dah kenyang minum susu..

Hari pertama mama dibenarkan melawat Aisy kejab..Saya ambil kesempatan ni untuk tengok keadaan nursery tu ..walaupun dah buat lawatan hari sebelum tu..yerla nak hantar anakkan..harus la cerewat skit..tapi idokla over..kang ada plak yang tak suka..hehe..Masa pergi tengok tu adala a few baby yang nangis..ingatkan Aisy dah..rupanya-rupanya elok ka anak mama main sorang-sorang dalam baby cot..kesian pun ada masa tengok..sebak ja..macam nak bawa Aisy balik terus ja masa tu..tapi apa nak buat ..kena praktis la sebab nanti mama dah nak mula kerja kan..huhu..

Hari ni masa ambil tadi muka Aisy macam confuse tengok mama..Lepas 2 minit macam tu baru dia senyum-senyum..Sorry tau Aisy..mama terpaksa tinggal Aisy..Kalau ikutkan hati memang nak jaga Aisy 24 jam tapi komitmen kewangan tak mengizinkan mama untuk menjadi suri rumah..huhu..


Semoga Aisy dilindungi olehNYA..Amin..

Tuesday, September 18, 2012

Wanita dan Susu Ibu




"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."

"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."

Semoga anak mama dimurahkan rezeki dengan susu mama..Walaupun mama kena pump siang dan malam nak bagi anak mama minum susu mama..

Ya ALLAH, murahkan rezeki susu buat anak ku sehingga umur 2 1/2 tahun..Amin...

Saturday, September 15, 2012

Aisy dah Botak


Anakanda saya Muhammad Aisy Iskandar dah botak pada hari Aqiqah tu juga..Sebelum majlis aqiqah, iaitu sebelah pagi Aisy dicukur oleh Mak Ngah (Bidan Kampung)..Alhamdulillah semua berjalan lancar..

Sebelum dicukur..Awal-awal pagi ni masih nyenyak tidur.


dah cukur dah..

Rambut ciput anak mama

Dah botak anak mama ni..Masa untuk mandi..

Alor tomey-tomey..tok siapkan Aisy..Mama tolong tengok ja..hehe..

Aisy posing dengan papa dulu.

 Ok ..mama join posing..Kusam ja muka mama baru lepas mandi..nak posing punya pasal..sarung tudung ja..

Dah ringan kepala anak mama pada hari ke 26...Baik sangat tak banyak kerenah..Semoga jadi anak yang soleh anak mama..Love U..muahxxxxxxxxx!

Friday, September 14, 2012

Tanda-Tanda Suci Dari Haid dan Nifas

Ramai yang ambil mudah perkara yang dianggap tersangat penting ni..Termasuk diri saya sendiri yang terkadang "confuse".Jadi disini saya ingin kongsikan sedikit info yang saya dapat dari SINI..

Menurut ahli ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan perempuan suci dari haid dan nifas..Diantaranya adalah:

  1. Cacair berwarna putih (Al Qassah Al Baida')-> Selalunya cecair ini akan keluar bila hari terakhir haid. Ini membuktikan anda telah suci dari darah haid.
  2. Kering (Jaf) -> Selain dari petanda keluarnya cecair putih petanda habis haid atau suci, terdapat satu lagi petanda iaitu kering daripada warna merah atau warna darah. Ia boleh diperiksa dengan memasukkan kapas berwarna putih ke dalam vagina..Jika tiada sebarang warna darah yang keluar, maka wanita itu boleh segerakan mandi hadas dan seterusnya melakukan ibadah.
Nota kaki:
-> Cecair keruh atau kuning SELEPAS mandi wajib : Tidak lagi dikira darah haid@ nifas.
-> Cecair keruh atau kuning SEBELUM haid : Tidak lagi dikira haid@ nifas dan wajib mengerjakan ibadah. 
-> Jika keluar cecair bewarna hitam dan berbau busuk tepat dalam tempoh haid, maka wanita tersebut dikira berada dalam tempoh haid


Thursday, September 13, 2012

Majlis Aqiqah Muhammad Aisy Iskandar

Majlis dijalankan pada hari ke-26 saya berpantang..Memang mencabar sebab tak boleh makan makanan sedap-sedap..*tapi saya belasah juga makan nasi minyak..hehe..rasa je lah*

 Anak mama behave sangat waktu ni..syukur sangat..dah pesan kat dia malam sebelum tu..suruh behave..
 Majlis kecil-kecilan saja..Syukur..

 Marhabban
 3 of us..nyenyaknya anak mama tidur.

 Antara tetamu yang hadir..
 One happy family. Next family picca will be on raya haji k..tu pun kalau papa dapat cuti..hehehe..

Door Gift

Terima kasih pada semua yang datang memeriahkan majlis dan mendoakan kesihatan saya dan anakanda saya..

Wednesday, September 12, 2012

Check Up Baby Sebulan

10/9/12 Check up baby Aisy sebulan..tapi waktu ni dah 35 hari...Syukur en.suami sempat bawa pergi klinik sebab tengah hari en.suami dah nak balik kajang menjalankan tugas..Aisy sangat behave masa kat klinik..tidur ja kerjanya..bangun sebab nak susu ja..

Sampai klinik pukul 9..hubby bagi kad dan amik nomber..sekali dapat nomber 71 koooo..tunggu la situ..ramai orang..Mula-mula timbang berat baby & ukur  tinggi..Anak mama membesar bagai juara..

Berat
Masa Deliver : 3.7 kg
Hari 15 : 4.0 kg
Hari 25 : 4.4 kg
Sebulan : 5.1 kg

Tinggi
Masa Deliver : 53cm
Sebulan : 55cm

Kemudian ibu pula ditimbang, check BP, Air kencing..Ingat check baby jer..rupanya ibunya kena sekali..Alhamdulillah semua ok..Berat ibu pun dah berkurang ke berat sebelum pregnant..*bukan sebelum kahwin tau....hehehe..tapi lemak tepu memang degil nak hilang..perut maintain muncitttttttttt..huhu..

Lepas dah tunggu hampir 2 jam lebih..baru kami dipanggil masuk..Check baby..Alhamdulillah semua ok..n Check ibu pula..semua ok cuma cik B**** je bengkak sket...

Lepas dah settle check up, masa yang paling saya ngeri adalah bila anak kena cucuk..Untuk sebulan Aisy diberi suntikan Hep B (Dose 2)..Dose 1st masa deliver dulu..Masa ni Aisy mantain ke tidur..Papa kena kendung macam gambar bawah ni..Cucuk sebelah peha kiri..
Kebetulan masa nurse nak mula cucuk tu.dia tengah mengeliat..dan-dan la nangis kejab ..tak sampai 10 saat kot..pastu sambung tidur balik..Lega mama..kalau tak dengan mama nangis..huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails